Review : Cosrx AC Collection Ultimate Spot Cream (Malaysia)

Hai semua. 

Hari ni cuaca di Malaysia redup dan mendung je, tak panas macam sebelum ni. Waktu yang sangat sesuai untuk berblogging. Okay, so hari ni aku nak buat review pasal Cosrx AC Collection Ultimate Spot Cream.

Sebelum ni, aku pernah buat review pasal Cosrx AC Collection Blemish Spot Serum, jemputla singgah dan baca review di hyperlink tu untuk tahu lebih lanjut tentang Cosrx AC Collection Blemish Spot Serum.

So, Cosrx AC Collection Ultimate Spot Cream ni adalah spot treatment atau dalam bahasa melayunya ubat jerawat. So, kebiasannya formulasi spot treatments ni (yang pernah aku try sebelum ni) biasanya agak strong sedikit. Tujuannya, adalah supaya jerawat lebih cepat sembuh dan kecut. 

Untuk pengetahuan semua, aku dah menggunakan Cosrx AC Collection Ultimate Spot Cream dah dekat 2 - 3 minggu. So, nak tau adakah sesuai atau tak dengan skin aku yang oily, acne prone dan sensitif ni  - Baca la sampai habis. 

Packaging


Nice kan packaging dia, simple je. Bagi, aku design Cosrx AC Collection Ultimate Spot Cream ni sangat sesuai untuk spot treatments. 

Kenapa ? Sebab kita boleh control amount liquid keluar yang kita nak. Hujung tiub tempat keluar liquid dia sangat kecil, so sebab tu mudah untuk kita control amount liquid yang kita perlukan. 

Yela, namapun spot treatment, kebiasaanya kita hanya perlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja kemudian dab dab dab ke tempat yang ada jerawat. 

Menurut Cosrx, design container Cosrx AC Collection Ultimate Spot Cream kali ni, sangat hygienic kerana dia menghalangi udara daripada masuk ke container tersebut. 

So secara logiknya, kurang pendedahan liquid Cosrx AC Collection Ultimate Spot Cream ni terhadap udara, maka makin kurang pembiakan bakteria. 

Ingredients

Aloe Barbadensis Leaf Water, Butylene Glycol, Helianthus Annuus Seed Oil, Glycerine, Zinc Oxide, Cetearyl Alcohol, Dimethyl Sulfone, Betaine, Polysorbate 60, Elaeis Guineensis (Palm) Oil, Elaeis Guineensis (Palm) Kernel Oil, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, 1,2-Hexanediol, Calamine, Dimethicone, Illicium Verum (Anise) Fruit Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Xanthan gum, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Ethyl Hexanediol, Asiaticoside, Asiatic acid, Madecassic acid

Menurut Cosrx, formulasi kompleks pemulihan kulit yang menggabungkan Zinc Oxide, Calamine, CentellaAC-RX Complex dan Aloe Barbadasis Leaf Water (Jus Lidah Buaya) ini dapat mengeringkan jerawat dengan lembut dan berkesan secara semalaman.

Kalau korang tengok lists ingredients serum ini :

  • Aloe Barbadensis Leaf Water atau dikenali sebagai Jus Lidah Buaya sangat terkenal untuk menenagkan kulit sensitif ataupun jerawat yang meradang, menyembuhkan luka dan melembapkan kulit.
  • Zinc Oxide melindungi kulit daripada iritasi dan mengatasi jerawat.
  • Elaeis Guineensis (Palm) Kernel Oil Mempercepatkan skin healing, anti bakteria dan antioxidant.
  • Calamine Dapat mengurangkan kegatalan dan iritasi kulit.
  • AsiaticosideAsiatic acidMadecassic acid menenangkan kulit berjerawat, menguatkan skin barrier dan memudarkan acne scars.

Tekstur



Untuk tekstur Cosrx AC Collection Ultimate Spot Cream ni, bagi aku tekstur dia seperti sorbet krim putih yang lembut, sedikit thick dan gebu tu. 

Kalau korang dab dab ke target area, first time apply memang akan nampak sedikit berminyak tapi lepas dia dah meresap finishing dia akan bertukar menjadi semi-matte, langsung tak berminyak. 

Tapi, untuk pakai masa day time (setakat ni aku tak pernah try under makeup), mungkin korang boleh apply sikit sahaja di target area disebabkan tesktur dia yang bewarna putih dan sedikit thick tu takut nanti makeup korang bercapuk, lagi - lagi dengan keadaan cuaca di Malaysia ni yang panas dan lembap.

Sesuai Untuk

Oily, acne prone dan kulit sensitif.

Cara Pengunaan

  1. Tanggalkan penutup penutup putih.
  2. Putar penutup dengan ketat ke kanan untuk mencucuk lubang di hujung tiub.
  3. Sapukan krim di target areas.

Bella Thought's 

Bagi aku krim ni sesuai untuk korang yang ada jerawat yang jenis zit, sebab kalau aku apply kat zit tu besoknya dia terus kecut. 

Tapi, untuk jerawat yang tak dak mata, ambik masa 3 - 4 hari jugak untuk keluarkan mata dia yang warna putih begitu juga, dengan jerawat yang besar dan merah tu - tapi sekali lagi aku nak ingatkan ni semua bergantung atas kulit masing - masing.

Selain tu, kalau tiba - tiba haritu aku rasa ada specific areas kat muka yang gatal (nak tumbuh jerwat baru), aku akan terus apply kat area tu. Kebiasaanya, esok kemerahan tu akan surut dan jerawat tak jadi nak tumbuh.

Repurchase

Yes, of course. Sebab ? aku sangat sukakan tekstur dia krim dia sangat lembut, dan kebelakangan ni sejak aku gunakan full set Cosrx AC Collection, jerawat yang takdak mata susah nak tumbuh dekat skin aku cuma kadang - kadang je tumbuh jerawat zits.

Ratings

7/10

So, setakat ni sahaja dulu review aku, kalau korang nak baca reviews aku tentang Produk Cosrx yang lain boleh la tekan hyperlink tu. Kredit gambar daripada - Official Website Cosrx.

Sincerely,
Bella Zb





Comments