Apa itu : Sarjana Muda Pengajian Quran Dengan Multimedia, USIM
Hai semua,
Hubungan Etnik
Pada post kali ini aku akan menceritakan berkenaan kos yang aku ambik semasa degree dahulu. Aku adalah alumni USIM Tahun 2019, bagi program Bachelor of Quranic Studies with Multimedia with Honors.
Masa first time, aku research pasal kos ni dulu iaitu selepas aku dapat UPU (sebelum memulakan pengajian degree), aku macam blur skit pasal kos ni, sebab tak begitu banyak sangat maklumat yang aku dapat daripada google. So, bila aku start sem satu memang teruk blur aku hahahaha, tapi aku just follow the flow je walaupun masa sem satu dulu banyak kali aku nak tukar kos.
Tapi, finally aku berjaya jugak habiskan degree di USIM selama 4 tahun.
Disebabkan maklumat yang tak banyak di google, aku rasa terpanggil nak share lebih mendalam berkenaan kos QM ni, aku tak nak junior yang nak masuk kos ni alami apa yang pernah aku rasa dahulu, at least korang tahu adakah kos ni sesuai dengan korang dan lebih bersedia sebelum memulakan pengajian peringkat degree.
Basically, ini adalah subjek-subjek yang akan korang belajar dari sem 1 - sem 8. (Silibus ini adalah silibus pada tahun 2016/2019).
So, untuk post kali ini, aku akan terangkan subjek - subjek yang akan korang belajar semasa Tahun 1 (Sem 1 dan Sem 2). Untuk senarai subjek Tahun 2, korang boleh baca post ini Quran Dengan Multimedia
USIM : Subjek Tahun 2.
Sem 1
Semasa sem 1, korang akan belajar 8 subjek (termasuk kokurikulum).
English
So, subjek English adalah WU (Wajib Universiti), yang mana semua pelajar USIM wajib mengambil subjek ini. Terdapat tiga level kelas, yang mana korang akan memasuki kelas berdasarkan markah ujian penilaian English korang yang korang akan hadapi sebelum memasuki mana-mana kelas English.
Sirah Rasul
USIM mengunakkan English dan Bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran.
So, semasa sem 1 dahulu, semasa first-first kelas Sirah Rasul, pensyarah aku mengajar dalam fully Arabic. Dan menyebabkan aku tak faham langsung apa yang pensyarah tu ajar :( Mungkin sebab pensyarah tu perasan yang ramai tak faham apa yang dia ajar, akhirnya pensyarah tu speaking English Arabic. Dan akhirnya, aku takdelah termenung panjang je setiap kali masuk kelas Sirah.
Sirah Rasul ni dia lebih kurang macam yang kita belajar semasa Sekolah Menengah dahulu, iaitu perjalanan kehidupan Nabi s.a.w. Tapi, penceritaan dia lebih mendalam dan panjang.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Okay, so ini lebih pasal teori ICT sahaja, bukan practical ya. Contohnya, belajar pasal apa itu CPU, Motherboard, Mouse, kepentingan ICT dalam kehidupan etc.
Bahasa Arab I
Arabic language, yang ni mungkin aku tak perlu terangkan dengan lebih lanjut.
Hubungan Etnik
Okay, kalau subjek ni, korang akan belajar untuk memahami budaya masyarakat lain, contohnya Indian, Chinese, etc. Nanti, korang perlu buat tugasan secara berkumpulan, dan kalau perlu mungkin korang harus spend sedikit masa untuk pergi ke tempat kajian korang, berdasarkan tajuk tugasan berkumpulan korang itu.
Ulum Al-Quran
Kalau subjek ni, secara ringkasnya, korang akan belajar lebih mendalam berkenaan segala ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran. Contohnya, bagaimana penurunan Quran berlaku, peristiwa - peristiwa yang berkaitan, sejarah pengumpulan Quran etc.
Subjek ni adalah fully Arabic. So, dalam kuliah, daripada awal kelas pensyarah akan mengajar Ulum Al-Quran dalam Bahasa Arab. Tapi, sometimes, depend pada certain pensyarah untuk mengajar dalam bahasa apa. Tapi, kalau pensyarah Ulum Al-Quran aku, dia mengajar fully Arabic.
Ulum Al-Hadith
Okay, ni subjek terakhir yang akan aku bahas untuk sem 1. Bagi aku, antara banyak - banyak subjek untuk sem 1, subjek Ulum Al-Hadith ini, dikategorikan sebagai yang paling susah (menurut pendapat aku la). Firstly, sebab terlalu banyak vocab dalam buku Ulum Al-Hadith yang aku tak berapa faham.
Dan subjek ni aku tak pernah lagi belajar. So, untuk aku fahamkan buku dia agak susah la. Untuk subjek ni korang akan belajar pasal, apa itu mantan, sanad, hadis riwayah, hadis dirayah etc.
Sem 2
Perinsip dan Amalan Komunikasai Dakwah
English
Perinsip dan Pengurusan Perniagaan
Ilmu Tajwid
Sistem Pengurusan Pangkalan Data Multimedia
Pengantar Grafik Laman Web
Bahasa Arab II
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Comments
Post a Comment