Review : Cosrx AC Collection Blemish Spot Clearing Serum (Malaysia)
Hai Semua.
Okay, berbalik kepada main topic kita - actually serum ni aku dah pakai sekitar 3 - 4 minggu. So, adakah serum ni sesuai dengan muka aku ? Kondisi kulit aku sekarang adalah oily, acne prone dan sensitive. Sebelum, ni aku dah pernah pakai beberapa produk dari brand Cosrx ni, dan kebanyakannya sesuai untuk kondisi skin aku.
Korang, kalau nak tahu reviews aku tentang Cosrx produk yang lain rajin - rajinlah lawat blog aku hehehe.
Packaging
Packaging Cosrx bawah AC Collection ni, simple tapi nice. Cantik kan dengan kombinasi warna merah putih. Container serum ni diperbuat daripada kaca yang tebal.
Ingredients
Propolis Extract, Butylene Glycol, Niacinamide, Panthenol, 1,2-Hexanediol, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Ethylhexylglycerin, Glycerin, Polyglyceryl-10 Laurate, Polyglyceryl-10 Myristate, Allantoin, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Sodium Hyaluronate, Asiaticoside, Asiatic acid, Madecassic acid, Helianthus Annus (Sunflower) Seed Oil, Macadamia Ternifolia Seed Oil, Sucrose distearate, Glyceryl Strearate, Hydrogenated Lecithin, Dipropylene Glycol, Ceramide NP, rh-Oligopeptide-1
Kalau korang tengok lists ingredients serum ni :
- Propolis Extract bagus untuk anti bakteria, anti inflamasi, bagus untuk menenangkan kulit yang kemerahan dan sensitif dan melembabkan kulit.
- Niacinamide memudarkan acne scars, mengawal produksi sebum dan mencerahkan kulit.
- Panthenol mengekalkan kelembapan kulit.
- Tea Tree Oil mengurangkan jerawat, mengawal produksi sebum dan anti inflamasi.
- Asiaticoside, Asiatic acid, Madecassic acid menenangkan kulit berjerawat, menguatkan skin barrier dan memudarkan acne scars.
Tekstur
Sangat watery (tekstur macam air), sangat lightweight dan sangat cepat meresap. Kalau untuk oily skin memang sangat sesuai kalau korang nak guna waktu day time sebelum makeup, yela korang kan tahu cuaca di Malaysia ni panas dan lembap, so serum Cosrx AC Collection Blemish Spot Clearing Serum ni sangat sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.
Nanti lepas serum ni meresap korang akan nampak 'that glow' yang tak over bukan disebabkan serum ni berminyak, tapi lebih kepada glow yang sihat.
Sesuai Untuk
Oily, acne prone dan kulit sensitif.
Cara Pengunaan
- Sapukan dua hingga tiga titis serum ke muka anda, elakkan kawasan mata dan mulut.
- Ratakan serum untuk penyerapan maksimum.
Bella Thought's
Serius best, korang memang kena cuba serum ni especially untuk kulit oily, acne prone dan sensitif. Dalam tempoh 4 minggu pemakaian serum ni, aku dapat rasakan yang parut jerawat aku makin hari makin pudar.
Biasanya kalau aku makan fast food atau makanan bergoreng kulit aku akan keluar jerawat satu dua keesokan paginya. Tapi, lepas konsisten pakai serum ni jerawat dah susah nak tumbuh.
Selain itu, aku dapat rasakan yang kulit aku makin bersih, cerah dan kurang berminyak. Biasanya, kalau aku pakai serum brand lain 3 - 4 jam muka dah berminyak.
Sekarang aku dah pakai full set Cosrx AC Collection ni, nanti aku akan buat reviews produk Cosrx AC Collection yang lain. Tapi, sebelum aku pakai full set Cosrx AC Collection tu, first produk yang aku pakai serum ni la.
Tapi, pakai ni sahaja pun dah nampak perubahan sedikit dekat muka aku. Tapi, belum tentu produk yang sesuai dengan muka aku, sesuai dengan muka korang. So, korang kenala try and error.
Repurchase
Yes, of course. Kalau habis aku akan restock cepat - cepat. Actually, banyak dah serum yang aku try tapi end up - mengeringkan kulit, keluar bump kecil - kecil etc. Tpi, serum ni sangat sesuai dengan kulit aku. Dia tak mengeluarkan apa - apa yang pelik -pelik.
Ratings
8 / 10
So, apa korang tunggu lagi hehehe. Kalau korang tak jumpa lagi serum yang sesuai untuk kulit korang boleh la try serum ni. Mana tau okay hehehe. Kredit gambar daripada - Official Website Cosrx.
Sincerely,
Bella Zb
Comments
Post a Comment