Hot Dan Trending Ingredients Dalam Produk Skincare Korea Sekarang 2020 | 5 Hot Ingredients dan Contoh Produk
Sebagai seorang pengguna skincare produk dari korea, sebelum membeli sesuatu produk skincare kebiasaanya aku akan meneliti dahulu satu persatu ingredients skincare tersebut.
Antara ingredients di dalam skincare produk yang kulit aku sendiri tidak boleh tolerate dan mungkin akan menyebabkan kondisi kulit aku makin teruk jika pemakaian secara berterusan, adalah Alcohol (top ingredients list) dan beberapa jenis Essential Oil.
Jika pemakaian produk yang mengandungi ingredients berkenaan dilakukan secara berterusan maka akan muncul la zits, jerawat dan sebagainya bukan membaiki kulit aku, walhal memburukkan lagi kondisi kulit aku !
Jadi kesimpulannya, jika korang hendak membeli sebarang skincare mohon meneliti dahulu ingredients produk tersebut dan melakukan patch test di kulit sendiri.
Setelah membuat sedikit research berkaitan trending ingredients dalam produk skincare korea melalui youtube channel beberapa beauty gurus, beauty blogger dan beberapa website skincare popular jenama korea, apa yang aku boleh simpulkan di bawah ini antara top trending ingredients dalam produk skincare korea sekarang :
Kredit gambar daripada Official Website Innisfree
Cica
Cica atau centella Asiatica extract adalah salah satu ingredient yang dapat menenangkan kulit sensitif dan berjerawat.
Jika korang tengok trend ingredients dalam brand skincare popular korea sekarang, kebanyakan daripada brand ini menggunakan ingredients yang anti - keradangan dan lembut untuk kulit sensitif, centella asiatica adalah salah satu daripada ingredient tersebut.
Antara Contoh produk : Etude House (Soon Jung) pH 5.5 Relief Toner, Purito Centella Green Level Buffet Serum, Purito Centella Green Level Safe Sun dan Innisfree Bija Cica Gel.
Kredit gambar daripada Official Website Wishtrend
Mugwort
Pada tahun 2019 dahulu, seingat aku ingredient mugwort atau dikenali sebagai artemisia vulgaris tidaklah sepopular sekarang.
Tapi pada tahun ini, kalau korang menonton channel famous beauty gurus di Youtube seperti James Welsh dan Hyram korang akan melihat mereka mereview skincare jenama korea yang mengandungi mugwort ini. Kelebihan mugwort ini adalah disebabkan sifatnya yang kaya dengan antioksida, anti bakteria, mencerahkan wajah dan sangat sesuai untuk kulit sensitif - nampak macam best kan.
Antara Contoh Produk : Missha Time Revolution Artemisis Treatment Essence, I'M FROM Mugwort Mask dan I'M FROM Mugwort Essence.
Kredit gambar daripada Official Website Cosrx
Madu Dan Propolis
Madu dan propolis telah lama digunakan dalam skincare jenama dari korea. Namun, jika dilihat pada tahun ini, madu dan propolis kekal lagi menjadi bahan utama yang ada dalam berberapa jenama skincare korea yang popular.
Namun, bagi korang yang belum tahu, madu dan propolis adalah dua ingredients yang berbeza. Madu dapat melembapkan wajah, sementara propolis bersifat anti bakteria dan anti keradangan.
Antara Contoh Produk : Cosrx Full Fit Propolis Synergy Toner, Cosrx Full Fit Propolis Light Ampoule, Cosrx Full Fit Propolis Light Cream dan I'M FROM Honey Mask.
Ginseng
Ginseng adalah salah satu ingredient yang banyak digunakan oleh masyarakat korea dalam produk kesihatan mereka.
Namun, di dalam dunia kecantikan kajian telah mendapati bahawa ginseng mempunyai manfaat tertentu untuk menjaga kesihatan wajah antaranya adalah anti penuaan, dan antioksidan.
Antara Contoh Produk : The Beauty Of Joseon Dynasty Cream, Sulwhasoo Cocentrated Ginseng Renewing Serum, I'M FROM Ginseng Serum dan I'M FROM Ginseng Mask.
Kredit gambar daripada Website Koja Beauty
Vitamin C
Seperti mana madu dan propolis vitamin c juga adalah salah satu ingredient yang kekal menjadi bahan utama dalam jenama skincare korea yang popular pada tahun ini.
Rasanya, kebanyakan korang mesti sudah tahukan manfaat vitamin c itu sendiri, selain dapat memudarkan hiperpigmentasi tapi dapat juga mencerahkan kulit.
Jadinya, kalau sesiapa nak memudarkan parut jerawat gunalah produk yang mengandungi vitamin c ini.
Antara Contoh Produk : Wishtrend Pure Vitamin C 15% With Ferulic Acid, Klairs Freshly Juice Vitamin Drop dan It's Skin Powe 10 Formula VC Effector.
Lima ingredients popular ini adalah menurut pandangan peribadi aku sahaja ya readers sekalin. Sekian sahaja post aku kali ini, see you again !
Sincerely,
BellaZb
Comments
Post a Comment