Cosrx AC Collection Acne Line Skincare (Malaysia) : Formulasi Yang Sesuai Untuk Kulit Sensitif, Berjerawat Dan Berminyak
Cosrx adalah salah satu jenama skincare korea yang tidak asing lagi kedengaran - jika anda merupakan pengguna tegar skincare jenama dari korea.
Keunikan Cosrx adalah terletak pada formulasi dan list ingredientnya, yang mana mereka meminimumkan pengunaan ingredients supaya keberkesanan produk tersebut lebih efektif.
Jika korang tengok di posts aku yang lain, kebanyakan produk skincare yang aku review adalah dari jenama Cosrx - kerana aku adalah salah seorang pengguna tegar Corx !
Kebanyakan produk telah memberi kesan yang positif di muka aku antaranya Cosrx Blemish Spot Clearing Serum.
Cosrx telah mengeluarkan satu line skincare khusus untuk mereka yang berkulit sensitif, berminyak dan berjerawat.
Tujuan Cosrx menubuhkan AC Collection Line kali ini adalah untuk menghentikan kitaran jerawat yang tumbuh tanpa memberi tekanan kepada kulit bermasalah.

Untuk korang yang memiliki kulit berjerawat pasti tahu kan betapa susahnya untuk menjaga kulit agar kulit sentiasa bebas jerawat.
Aku sebagai seorang yang memiliki kulit berjerawat faham sangat apa yang korang rasa, lagi - lagi semasa tempoh PMS bukan setakat dua tiga jerawat yang singgah di muka aku, kadang - kadang lebih dari tu.
Selain itu, aku juga pernah mengalami fasa breakout yang teruk akibat memakai produk X (bukan lokal produk atau krim timbang kilo ya), nanti aku akan ceritakan bagaimana dan apa solusi / produk yang aku gunakan untuk mengurangkan jerawat dengan cepat (produk dari Cosrx AC Collection adalah antara produk yang mengurangkan masalah jerawat di kulit aku).
Jadinya, Cosrx AC Collection ini mungkin menjadi solusi kepada korang yang masih mencari - cari produk yang mampu mengurangkan masalah kulit berjerawat, sensitif dan berminyak anda.
So, untuk AC Collection kali ini, Cosrx telah membangunkan sendiri formula yang unik yang diberi nama CentellAC-RX yang menggunakan centella asiatica.
Menurut Cosrx, setelah bertahun - tahun bereksperimen, formula CentellAC-RX dapat mengoptimumkan keberkesanan centella itu sendiri.
Which is, kalau kita tengok trend skincare korea sekarang, centella adalah salah satu hot ingredient dalam skincare korea. Jadinya, berdouble kesan yang korang dapat kalau guna line ini hehehe.
Selain itu, Cosrx mengklaim yang formulasi ini dapat mengembalikan kesihatan kulit korang melalui pendekatan kaedah baru untuk menyelesaikan masalah jerawat seperti mengawal sebum berlebihan dan mengimbangi tahap pH semula jadi kulit.
Antara produk dalam Cosrx AC Collection adalah :
- Cosrx AC Collection Calming Foam Cleanser.
- Cosrx AC Collection Calming Liquid Mild - Tiada Alkohol.
- Cosrx AC Collection Calming Liquid Intensive - Mempunyai Alkohol.
- Cosrx AC Collection Blemish Spot Clearing Serum.
- Cosrx AC Collection Ultimate Spot Cream.
- Cosrx AC Collection Acne Patch.
So, ini adalah antara produk - produk daripada line Cosrx AC Collection ini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut setiap review setiap produk tersebut boleh la tekan hyperlink tersebut. Kredit gambar daripada - Official Website Cosrx.
Itu sahaja post aku berkenaan Cosrx AC Collection kali ini, see you again !
Sincerely,
Bella Zb
Comments
Post a Comment