Top Beauty Gurus Korea Skincare (Youtuber) : Yang Anda Patut Follow
Hai semua.
4. Kelly Driscoll
Pada post kali ini aku ingin menceritakan tentang top beauty gurus untuk korean skincare yang korang patut follow.
Apakah yang dimaksudkan sebagai beauty gurus?
Beauty YouTuber, biasanya disebut sebagai "beauty vlogger", "beauty guru", atau "beauty influencer", atau "Beautuber" adalah orang yang membuat dan menyiarkan video ke YouTube mengenai kosmetik, fesyen, gaya rambut, seni kuku , dan topik berkaitan kecantikan yang lain.
So, sesiapa yang perlukan informasi lebih lanjut berkenaan dunia kecantikan seperti makeup terbaru, trend fashion dan etc subscribe la beauty gurus pilihan korang mengikut niche masing-masing.
Senarai beauty gurus dibawah ini merupakan pandangan peribadi aku sahaja, di mana sewaktu aku mencari-cari produk korea berdasarkan skin concern aku, keempat - empat beauty guru ini selalu muncul dalam senarai rekomendasi youtube aku.
Jadi, aku pun terjebak dengan channel youtube beauty gurus ini, dan mulai melihat video - video youtube mereka.
Kesemua beauty gurus dibawah ini, adalah mereka yang pernah melalui fasa breakout yang teruk dan telah menemui solusi dan cara untuk menyelesaikan masalah kulit mereka.
Justeru, mereka ingin membantu orang ramai yang sedang mengalami masalah kulit dengan menyampaikan informasi yang tepat dan relevan seperti apakah penyebab kulit bermasalah, cara dan solusi untuk menyelesaikan kulit bermasalah dan etc.
1. James Welsh
Merupakan seorang American. James selalu berbagi pandanganya tentang dunia fashion, skincare dan men's grooming.
2. Liah Yoo
Liah Yoo merupakan seorang beauty influencer yang pernah melalui fasa breakout. Kalau korang tengok channel Liah kebanyakan tips-tipsnya adalah melalui pengalamannya sendiri dalam journey to fight her acne. Liah juga adalah founder kepada KraveBeauty.
3. Hyram
Hyram sangat passionate untuk mengajar subscriber dan viewer channel youtubenya berkenaan dunia skincare. Kalau korang tengok kebanyakan review Hyram berkenaan sesuatu produk kebiasaanya adalah honest review. Biasanya, dia akan mereview tentang sesebuah brand skincare, dan menceritakan the truth about it.
4. Kelly Driscoll
Okay, yang ni youtuber skincare Korea favourite aku ! Motto Kelly adalah "Skincare going more than skin deep because I believe in the value skincare has brought to my life." Disebabkan Kelly ni, aku banyak tahu produk bagus yang sesuai dengan kulit aku. Dan produk skincare yang Kelly recommended banyak improvekan kulit aku.
Okay, setakat itu sahaja post aku kali ini, kita jumpa lagi pada entri akan datang, bye !
Sincerely,
BellaZb
Comments
Post a Comment